<<Bahagian 3. 3 bahan penting>>

Bab 15.
 
Perbezaan bermula dalam Kehidupan

 

Kebenaran Taekwondo melangkaui perbezaan, ia meliputi perbezaan yang telah disebutkan dalam bab sebelum ini. Perbezaan terhasil dari kehidupan manusia dan alam.

Semua ilmu terbahagi kepada 2 kategori: ilmu distinktif dan bukan distinktif. Begitu jua dengan Taekwondo. Ciri bukan distinktif Taekwondo berasal dari kenyataan bahawa manusia dan alam mempunyai ciri bukan distinktif. Ini disebabkan walaupun manusia membezakan gerakan dan implikasi Taekwondo, Taekwondo sendiri adalah harmoni dalam hubungan dengan prinsip alam.

Namun begitu, aspek distinktif dalam ilmu mengenai Taekwondo bukan hasil dari ciri kehidupan manusia, tetapi dari ciri dalamannya. Asal perbezaan ini ialah hidup dan kematian. Kehidupan dan kematian merupakan asas yang menghasil dan membentuk aspek distinktif Taekwondo yang berbeza dari apa yang bukan Taekwondo. Pemahaman ini menunjukkan bahawa asal Taekwondo dan kehidupan manusia adalah sama.

Maka adalah dikatakan bahawa "Taekwondo berasal dari sempadan hidup dan mati manusia dan sempadan ini boleh dijumpai dimana-mana. Maka, Taekwondo datang dari keseluruhan hidup manusia pada waktu yang sama."