<<Bahagian 3. 3 bahan penting>>

Bab 17.
 
Mempersoalkan apa yang Benar dan Salah

 

Hidup yang distinktif menjadikannya betul dan salah. Adalah penting bagi pengamal Taekwondo untuk menentukan betul dan salah, yang menentukan samada Taekwondo menjadi senjata berbahaya atau memberikan nyawa. Taekwondo bukanlah kemahiran untuk menyelamatkan orang, tetapi merupakan kemahiran untuk mencedera dan membunuh, maka ia perlu digunakan secara sengaja. Hanya melalui penggunaan yang terkawal, ia boleh menyumbang terhadap masyarakat dan menawarkan makna hidup yang positif.

Godaan untuk mencuba kemahiran membunuh tanpa sengaja hanyalah sementara yang berlaku kadangkala dalam hidup, dan letupan keganasan dibawah keadaan impulsif juga adalah sementara. Anda boleh mengatasi bahaya ini dengan personaliti terlatih untuk mengawal diri dibawah keadaan ekstrim. Maka, Taekwondo yang sebenar haruslah meliputi pelengkapan personaliti dan perkembangan kemahiran. Inilah sebabnya pengajar lama tidak mengajar kemahiran kepada mereka yang memiliki personaliti yang kurang sempurna.

Secara amnya, keseriusan adalah penting untuk membentuk personaliti. Maka, Taekwondo yang memerlukan perkembangan personaliti mewajibkan keseriusan. Siapakah yang tidak serius apabila memikirkan kematian dalam kemahiran membunuh? Dengan cara ini, kemoralan dan nilai Taekwondo tidak dapat diperolehi melalui penafian semangan membunuh dalam Taekwondo. Sebaliknya anda mengesahkannya apabila anda mengaku betapa bahayanya semangat membunuh Taekwondo, maka anda perlu berhati-hati.

Pepatah lama mengatakan mereka yang membina diri dengan pedang akan dimusnahkan oleh pedang.

Pengamal Taekwondo tidak membentuk diri dengan penumbuknya, tetapi dengan sebab etika keadilan sambil menggunakan senjata, maka dia tidak akan dimusnahkan oleh senjatanya. Dimanakah untuk mencari kewajiban etika yang menyokong keadilan? Dapatkah anda mencari piawaian objektif untuk mengukur pertimbangan, membezakan antara yang betul dan salah? Boleh.

Ia berdiri tanpa bentuk dan isi atas sempadan antara manusia dan alam, "hormat kehendak manusia secara sama rata". Ia adalah alamiah, secara objektif dan subjektif dan mempunyai pilihan. Ia dinamakan kewajipan etika, memberi kebaikan kepada orang lain, kerana etika bergantung pada manusia yang dihormati.

Maka, pengamal Taekwondo yang benar, menganggap manusia lebih penting dari segalanya, sehingga apabila dia menggunakan Taekwondo, dia tidak mencederakan orang lain, hanya membuang segala yang buruk. Ini mengimplikasikan keharmonian etika dan Taekwondo. Maka, apabila org jahat tidak mampu berdiri semula setelah ditumpaskan ia bukanlah kerana Taekwondo cuba mebunuhnya tetapi disebabkan dia tidak dapat hidup tanpa kejahatan dalam dirinya. Semua orang mempunyai hak untuk diberi bantuan, tetapi anda tidak terdaya membantu semuanya, yang merupakan limitasi dalam Taekwondo.