<<Bahagian 3. 3 Bahan Penting>>

Bab 22.
 
Mengekalkan Keseimbangan Taekwondo

 

Apakah keseimbangan yang wujud apabila Bumi dan Manusia disatukan? Keseimbangan merupakan keadaan stabil dan tenang yang diperolehi apabila semua perubahan bahagian dikawal rapi. Sebagai contoh, putaran gasing yang tidak rebah tetapi berdiri dalam ketenangan kerana kuasa yang menarik dan menolak dikawal dengan sama rata. Keseimbangan, yang bagaikan keadaan tanpa gerakan kerana ketenangan adalah berbeza dengan tiada gerakan. Ia meliputi lebih banyak gerakan berbanding satu gerakan mudaha, maka ia bukan ketenangan tetapi keseimbangan. Maka, keseimbangan adalah menunggu dengan gerakan tersembunyi dalam ketenangan maka keseimbangan yang baik merujuk kepada kesediaan yang tersirat dalam setiap gerakan.

Banyak pergerakan yang direalisasikan tersembunyi sebagai kemungkinan. Secara umumnya, gerakan dan hentian sentiasa terbuka dan relatif terhadap satu sama lain secara berterusan, dan manusia terletak diantaranya. Manusia mendefinisikan apa yang diingininya sebagai tetap, yang membentuk gerakan tertentu dab keseimbangan yang distinktif. Keseimbangan Taekwondo digunakan untuk serangan dan pertahanan terasnya, ia disatukan untuk mobiliti dimana ia boleh membentuk kemungkinan tersembunyi.

Setiap perubahan bergantung pada benda yang kekal. Ini disebabkan tiada perubahan yang kekal. Maka, pergerakan yang merupakan corak perubahan badan, bergantung pada kekekalan dimana kekekalan menyokong gerakan yang menghasilkan ketenangan. Ketenangan ini merupakan keseimbangan pergerakan. Gerakan yang tiada keseimbangan gagal mencapai sasaran manakala gerakan yang betul mempunyai ketenangan dan kestabilannya sendiri. Ini bukan sahaja diaplikasikan pada gerakan tetapi pada gaya statik yang tidak menampilkan gerakan. Tiada perbezaan sebenar apabila anda menjadikan keadaan statik atau bergerak, mengawal minda dan badan walaupun terdapat sedikit perbezaan.

Setiap keseimbangan membawa kepada perubahan. Gerakan Taekwondo juga mematuhi peraturan ini. Apabila anda berubah dari statik ke pergerakan, anda terlalu bergantung pada keseimbangan badan dan apabila anda berubah dari satu gerakan ke gerakan yang lain anda bergantung pada keseimbangan hubungan antara manusia dan benda lain, sebagai contoh, manusia dan dunia.

Gerakan dapat dicapai hanya apabila keseimbangan musnah, dimana keseimbangan lama membawa kepada keseimbangan baru. Jika anda tidak dapat mengawal keseimbangan ini, anda tidak berupaya mengawal lawan dan mendapatkan kuasa dlm serangan, dunia tidak dapat membantu anda mengawal tubuh. Anda cuba menguatkan tangan sambil menguatkan kaki, dan anda berjaya menyerang bahagian yang dekat walaupun tujuan sebenar adalah bahagian yang lebih jauh.

Apabila keseimbangan mencapai kesempurnaan, ia merupakan sumber kuasa yang penting. Iaitu, pergerakan yang berkuasa adalah pergerakan yang seimbang. Ini boleh dibuktikan dlm prinsip dunia. Kekuasaan taufan adalah mungkin kerana pusatnya yang tenang. Gasing berputar dengan laju kerana pusatnya. Oleh itu, keseimbangan adalah tenang dan berkuasa.

Apakah itu keseimbangan yang sempurna? Adakah wujud keseimbangan yang sempurna? Sebenarnya, tiada keseimbangan yang sempurna kerana keseimbangan adalah relatif. Maka tiada gaya dan gerakan yang sempurnam. Keseimbangan merupakan kebarangkalian terkumpul dalam suatu situasi. Oleh itu, bukan setiap keadaan yang seimbang adalah statik. Sebagaimana gasing boleh kekal tegak disebabkan pusingan yang berterusan, ia merupakan ilusi semata-mata.

Dalam Taekwondo, apabila anda menyerang atau mempertahankan diri, sentiasa kawal keseimbangan dan cari titik butanya. Anda tidak seharusnya dipengaruhi oleh perubahan lawan, seharusnya anda menyerang bahagiannya yang tenang untuk menghilangkan keseimbangannya. Apabila mempertahankan diri, anda menerima serangannya sebagai kekosongan dan mengakibatkan keseimbangannya dengan dunia terbinasa.

Kapal yang mengharungi ombak Kapal yang dihanyut ombak tanpa tujuan. Perbezaan kedua-dua kapal ini adalah arah tujuan yang ditentukan oleh kapten dan ombak. Keseimbangan tidak bergantung sepenuhnya pada kestabilan. Anda hanya dapat mencari keseimbangan ideal apabila mencapai kehendak gerakan berdasarkan lawan.