<<Bahagian 1. Keharmonian>>

Bab 1.
 
Kesatuan dan Kekosongan Dilahirkan Bersama

 

Seseorang manusia dilahirkan dengan minda dan tubuhnya di atas Bumi, dan adalah tidak mungkin untuk mengawal minda dan tubuhnya secara hamoni melainkan jika dia bergantung pada prinsip yang telah wujud ketika manusia belum.

Prinsip ini telah dinamakan TAEKWONDO oleh tok guru. Seperti mana planet-planet bergerak di angkasa dan burung serta hidupan bergerak di Bumi. Begitu jugalah terdapat peraturan yang harus diikuti oleh manusia di dalam masyarakat. Oleh itu, terdapat cara yang betul untuk mengawal kaki dan tangan apabila membuat gerakan. Ini merupakan salah satu aspek dalam Taekwondo. Memandangkan kehidupan manusia dibina oleh pergerakannya, kehidupan adalah miliknya dan ini meliputi ciri-ciri kehidupan. Oleh itu, Taekwondo juga merupakan 'do', yang merangkumi prinsip keabadian.

'Do' menjadikan segalanya, ia merupakan prinsip yang menembusi semua. Do terletak di atas perbezaan dan diskriminasi. Jadi 'do' tidak mempunyai bahagian atau keseluruhan. Jika seseorang mengetahui 'do', dia tahu segalanya. Maka, setiap perkataan yang ditulis di sini bukan merupakan sedikit pengetahuan mengenai Taekwondo. Setiap perkataan adalah semua.

Pada zaman silam, manusia membahagikan aspek Taekwondo kepada 3, iaitu Musool (kemahiran mempertahankan diri), Muyae (seni mempertahankan diri) dan Mudo (prinsip mempertahankan diri).

Musool adalah kemahiran untuk mengawal dan mengatasi lawan. Muyae bertujuan mendapatkan keharmonian antara minda dan badan di mana kemahiran mempertahankan diri digunakan pada peringkat seni untuk mengatasi perbezaan antara badan dan minda untuk mencapai keharmonian. Mudo adalah pemahaman kebenaran dan kesedaran mengenai 'do'. Namun, kesemua perbezaan antara Musool, Muyae dan Mudo mesti dibuang pada akhirnya. Bagi seseorang yang jahil dan bercakap mengenai Taekwondo sebagai Mudo, dia tidak akan berjaya memahami kebenaran mengenai Taekwondo dan 'do' tidak akan dijumpainya. Sesuatu benda kelihatan lain dari benda lain kerana perbezaannya adalah nyata. Hakikatnya, kesemuanya merupakan kewujudan segala yang tercampur dan berubah sepanjang masa antara satu sama lain. Dengan itu, 'do' akan timbul dengan sendirinya apabila Taekwondo dilatih. Setiap perkataan yang ditulis bukan wujud dalam buku, tetapi dalam pergerakan yang betul oleh mereka yang berlatih Taekwondo.

'do' wujud dalam dunia nyata. Oleh kerana ia mengatasi segala perbezaan, manusia boleh mengetahui kewujudannya tetapi tidak dapat menjelaskannya. Oleh itu, tiada orang yang dapat berbincang mengenai Taekwondo sebagai hanya Mudo (prinsip mempertahankan diri). Oleh itu, tok guru memanggilnya Muyae (seni mempertahankan diri) dan bukan Mudo (prinsip mempertahankan diri) walaupun prinsip ini masih wujud dan tidak dilupai setelah beribu-ribu tahun. Istilah Mudo digunakan untuk mengajar tentang makna yang tersembunyi dibelakang perkataan. Taekwondo merupakan kesatuan antara Musool, Muyae dan Mudo pada masa silam dan kini. 'Do' wujud dalam segala aspek Taekwondo.