<<Bahagian 2. Keharmonian>>

Bab 2.
 
Do wujud dengan segalanya

 

Matahari dan bulan bergerak dalam orbit tertentuk, yang mematuhi prinsip-prinsip berkaitan sebagaimana burung dan binatang bergerak merentasi jalan kerana mereka mengejar apa yang dikehendaki. Begitu jugalah dengan manusia yang harus mengetahui dan mematuhi cara TAEKWONDO. Taekwondo mengintegrasikan prinsip alam, teleonomi wajar dan kebenaran. Maka, kebenaran dalam TAEKWONDO mengintegrasikan nilai dan fakta dalam kesatuan kerana etika hanya bermakna dalam aktiviti manusia dan kebenaran hanya bermakna dalam aktiviti yang mempunyai hubungan dengan realiti.

Mengapa kita memanggilnya jalan Taekwondo yang betul? Mari kita kaji makna perkataan "Taekwondo". 'Tae' bermakna kaki yang menghentak. 'Kwon' bermakna penumbuk dan berlawan. Berdasarkan semua ini, kita boleh menyimpulkan bahawa Taekwondo bukan sahaja bermakna prinsip pergerakan manusia dengan segala bahagian badan termasuk penggunaan tangan dan kaki, malah ia juga bermaksud 'jalan/cara untuk menjadikan dunia aman dengan menghentak dan menghukum perbalahan yang tidak sepatutnya berlaku'. Maka inti Taekwondo wujud bukan dalam kemahiran yang menghidupkan manusia, tetapi dalam kemahiran untuk mengatasi dan membunuh manusia. Namun tujuan pembunuhan ini adalah untuk mengamankan dunia. Jika ia diabaikan, latihan dan kajian Taekwondo menjadi tidak bermakna.

Seseorang dengan emosi yang bias telah mengatakan bahawa inti Taekwondo adalah untuk menghidupkan manusia. Ini merupakan pendapat prejudis, disebabkan kejahilannya bahawa jika semua benda mempunyai satu aspek, maka ia juga mempunyai aspek yang lain. Dengan prejudis ini, dia lebih cenderung ke arah pembentukan keceriaan emosi Taekwondo. Kehidupan wujud kerana kematian turut wujud, seperti mana haiwan besar boleh wujud disebabkan mangsanya. Adalah tidak mungkin untuk mengukur dan mengadili perubahan alam yang tiada sempadan ini. Seni perubatan merupakan lawan Taekwondo, maka apakah perubatan jikalau Taekwondo semata-mata kemahiran untuk menghidupkan manusia? Adalah benar bahawa inti Taekwondo merupakan kemahiran untuk membunuh dan mencederakan manusia, namun ia bukan segalanya. Misalannya, terdapat lebih dari kemahiran membunuh dan mencederakan manusia dalam Taekwondo. Minda Taekwondo tidak menutup minda seseorang sehingga mendiskriminasikan segalanya dengan prejudis, tetapi unt! uk membuka minda untuk menerima segala aspek sesuatu benda. Dengan minda ini, anda dapat melihat cahaya kehidupan pada akhir pergerakan pembunuhan. Maka Taekwondo merupakan proses gerakan dari bayangan gelap kehidupan ke bayangan yang lebih cerah.

Maruah hidup tidak boleh diketepikan. Maka, pelatih Taekwondo yang sebenar haruslah rendah diri dalam pemilihan kehidupan dan kematian. Taekwondo tidak mengajarnya secara terus kepada manusia, tetapi menyedarkannya tentang prinsip dirinya. Pada mulanya, terimalah segala aspek Taekwondo dan fahamilah inti seperti yang tertera di atas, maka anda dapat mengetahui nilai Taekwondo dalam kehidupan, kenyataan bahawa Taekwondo adalah berbeza dari yang bukan Taekwondo dan hakikatnya, segalanya adalah dalam kesatuan.