<<Bahagian 1. Keharmonian>>

Bab 3.
 
Dunia, manusia dan Taekwondo merupakan kesatuan  

 

"Apakah itu kebenaran?"

"Masukkan tangan ke dalam air dan cuba untuk memegangnya."


Prinsip sebenar melebihi segala perbezaan. Ia berbeza dari kekeliruan dalam perbezaan. Hanya apabila pengamal Taekwondo menerima hakikat ini, dia tidak akan menghakimi perkara berdasarkan skala prejudis bahawa ini adalah baik atau buruk, kemudian dia boleh memengiyakan segalanya. Ini bukan merupakan kekeliruan, tetapi adalah 'do'. Maka, seseorang yang mengetahui kebenaran juga sedar bahawa gunung hanyalah gunung dan berbeza dari lautan, pada masa yang sama, kecerunan gunung sampai ke dasar laut dan kelembapan lautan mencapai puncak gunung. Oleh itu, dia tahu bahawa satu proses kecil yang membolehkan kita membezakan antara gunung dan lautan, yang tidak kekal atau tetap. Ini boleh diaplikasikan pada segalanya, termasuk Taekwondo. Maka tok guru Taekwondo tahu bahawa penumbuk dan tendangan adalah sama walaupun setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri. Najitahnya, segalanya adalah sama.

Melebihi perbezaan memerlukan persetujuan setiap perbezaan dan tidak hanya berpaling kepadanya, kesedaran bahawa kebenaran yang bukan perbezaan menjadikan perbezaan ini wujud. Walaupun kebenaran Taekwondo menidakkan pembahagian Taekwondo kepada 3 aspek: Musool, Muyae dan Mudo, ia tidaklah tetap dan tidak benar, ia juga mengiyakan dan menerima perbezaan antara ketiga-tiganya. Maka apakah aspek Musool, Muyae dan Mudo dalam Taekwondo?

Musool merujuk kepada aspek fungsian Taekwondo untuk mencapai satu matlamat, Muyae pula terhadap aspek kesenian yang menhalusi kemahiran, Mudo meliputi aspek keseluruhan yang melibatkan kesemuanya dan mengecualikan kesemuanya. Muyae, yang bermakna pencarian kemahiran untuk kemahiran itu sendiri, mungkin kelihatan membabi buta namun ia mengandungi kerasionalan. Sikap rasional ini wujud dalam kehidupan sendiri di mana manusia hidup dalam keadaan yang gelap. Kita boleh memahami kerasionalan ini yang mencerminkan manusia dan kehidupan. Walaupun manusia adalah rasional, dia dihadkan oleh proses mencapai suatu matlamat, apabila keluar dari proses, dia menjadi tak tentu hala. Ini adalah lumrah alam, keharmonian manusia dan alam dan merupakan asas kepada kerasionalan yang tidak menampakkan dirinya.

Musool (kemahiran mempertahankan diri), Muyae (kesenian) dan Mudo (prinsip) adalah sama dan tidak boleh dibahagikan. Maka Musool yang lengkap mengandungi 'do' yang mengembang ke dalam Mudo. Mudo tanpa kemahiran tidak bermakna. Kesenian merupakan ekspresi dan perwakilan manusia mengatasi perbezaan, ia menunjukkan kemahiran dan 'do' yang terkandung dalam kemahiran. 'do' tidak boleh dipegang. Oleh sebab 'do' merangkumi segala dalam dunia, sudah tentu wujud 'do' dalam pemegangan 'do'. Kita hanya boleh memgang 'do' melalui kesenian. Tiada perbezaan antara Musool, Muyae dan Mudo dan tiada perbezaan antara Taekwondo dan bukan Taekwondo.

Terdapat segolongan yang salah faham terhadap falsafah Taekwondo, atau menganggapnya kurang penting untuk memahami prinsip perangkuman semuanya, dan mereka hanya mempunyai kemahiran dalam Taekwondo. Semua benda terletak di bawah langit, di atas bumi dan manusia walaupun mempunyai maruah, merupakan subset segalanya. Walaupun terdapat 'do' dalam Taekwondo, ia merupakan prinsip yang menembusi dunia, manusia dan Taekwondo pada masa yang sama. Maka, kebenaran mengenai Taekwondo hanya kelihatan selepas dunia, manusia dan pergerakannya berada dalam keharmonian antara satu sama lain. Kebenaran ini boleh diaplikasikan pada setiap situasi tanpa masalah. Pengamal Taekwondo yang sebenar boleh memperolehi 'yae' (kesenian dan etika) dan 'do', walaupun beliau hanya pernah melihat kemahiran Taekwondo.