<<Bahagian 2. Keharmonian>>

Bab 4.
 
Membayangkan Penampilan Taekwondo  

 

"Bolehkah anda memberitahu saya tentang kebenaran Taekwondo ?"

"?Pernahkah anda melihat masa?"


"Taekwondo" merupakan corak aktiviti manusia yang berobjektifkan perkembangan yang harmoni dan kemajuan, mengatasi kebencian hubungan untuk hidup yang ekstrim antara saya dan lawan dalam dunia, melalui aktiviti kerohanian dan fizikal. Taekwondo sebagai sistem konkrit yang terdiri dari kemahiran berlawan mengimplikasikan semua makna ini. Berlawan untuk hidup antara manusia yang saling berbunuhan meliputi semua kes di mana manusia berlawan bagi hak mereka; sebagai contoh di mana manusia bergolak dalam politik antara satu sama lain demi negara, manusia melaburkan semua wang ke atas syarikat tertentu dan sebagainya. Daya untuk hidup ini yang bersifat antagonis bermakna antagonisme wujud dalam harapan mereka. Kehidupan merupakan penerusan cubaan seseorang. Suatu perlawanan yang kurang penting turut terhubung dengan semua dalam kehidupan. Adalah menjadi lumrah bagi semua orang untuk mengatasi hubungan antagonis ini. Namun, Taekwondo tidak menggalakkan pengelakan antagonisme hanya k! erana seseorang tertarik kepada kemudahan, malah Taekwondo menggalakkan pengamalnya untuk bertoleran terhadap antagonisme ini dan mengatasinya melalui cabaran untuk mencapai kemajuan dan perkembangan diri. Antagonisme dan perlawanan ini wujud di mana-mana saja dalam hidup. Maka, Taekwondo boleh mengandungi seluruh kehidupan dan sebahagian dari kehidupan pada masa yang sama. Kita boleh mengajar kepada orang bahawa Taekwondo merupakan sistem konkrit kemahiran berlawan. 'Do' bukanlah keseluruhan antara sebahagian, ia adalah sama dalam kehidupan. Tiada perbezaan antara kedua-duanya. Prinsip yang betukl adalah di mana seseorang boleh mengawal minda dan badannya untuk menjalani kehidupan. Taekwondo sebagai corak aktiviti sebagaimana badan pada manusia sebagai kaedah yang betul untuk menggunakan badan dan minda. Taekwondo hanya boleh wujud dengan manusia dan Taekwondo dan kaedah segalanya adalah sama. Oleh itu, kita juga boleh mengatakan bahawa manusia hanya wujud dengan Taekwondo, m! aka adalah wajar bahawa manusia dan Taekwondo mempunyai bentuk yang sama.

Hubungan sebegini antara saya dan lawan dalam Taekwondo merupakan antagonisme ekstrim untuk hidup. Ini berlaku dalam situasi yang ganas yang mungkin menimbulkan persoalan mereka yang ingin menilai Taekwondo secara emosional. Hubungan antagonis sebagai permulaan Taekwondo merupakan tempat di mana kehidupan bermula dan ia merupakan kebarangkalian yang terjana apabila semuanya berubah. Ini bermakna permulaan segalanya adalah setara dengan bentuk Taekwondo. Bayi hanya wujud melalui kesakitan ibunya sebagaimana haiwan berevolusi melalui usaha untuk terus wujud. Ahli sejarah mengatakan sejarah merupakan proses berterusan mengenai cabaran dan respons. Namun begitu, tiada makhluk yang wujud dalam kegelapan tenang jauh dari bumi. Intipati kehidupan merupakan proses, yang merupakan perubahan secara berterusan, dikekalkan oleh tekanan dalam dunia. Bahan hanya terbentuk apabila ada tekanan dan lawan yang membawa perubahan terhadap dirinya. Hakikat boleh diketahui bukan sahaja melalui pena! akulan malah melalui tindakan dalam kehidupan.

Taekwondo (antagonisme merupakan sumbernya) mencerminkan manusia yang tidak kekal dalam antagonisme tetapi mengatasinya untuk mencapai keharmonian. Analoginya adalah kehidupan. Disebabkan kedatangan musim luruh dan sejuk, tumbuhan akan berbuah dan menaburkan benihnya menunggu musim panas, sebagaimana karnivor mengejar mangsanya disebabkan kelaparan manakalan mangsa pula melarikan diri untuk mengelakkan dari dimakan. Tumbuhan tidak akan hidup tanpa proses musim sejuk dan karnivor dan mangsanya juga akan pupus jika kitar ini tidak seimbang. Jika badan dan bentuk dikatakan memberi nyawa, maka patung juga akan dikatakan bernyawa. Maka, terdapat tekanan dan antagonisme yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan manusia dan kehidupan tidak boleh wujud tanpa proses untuk mengatasinya. Taekwondo bagaikan pokok di mana akarnya merupakan intipati kehidupan yang bercabang. Pokok Taekwondo ini mencabangkan dahannya selagi akar masih wujud (kehidupan).

Jika anda memikirkan kebenaran ini, anda akan mendapati bahawa antagonisme tidak semestinya buruk dan kedamaian tidak semestinya baik. Kemudian anda boleh memastikan segalanya. Ini merupakan titik permulaan dan akhir mengenai apa yang diajar oleh Taekwondo tentang kebenaran kehidupan.