<<Bahagian 2. Keharmonian>>

Bab 5.
 
Tiada perbezaan antara Taekwondo dan Kehidupan

 

Taekwondo, penampilannya adalah setara dengan kehidupan, adalah mudah walaupun ia mempunyai pelbagai kemahiran dan ciri-ciri. Kemahiran Taekwondo walaupun sempurna, mengimplikasikan keseluruhan Taekwondo, sebagaimana sebutir benih mengandungi sebuah pokok yang besar. Latihan Taekwondo yang lama dan sukar bertujuan untuk penyempurnaan kemahiran sebagaimana tumbesaran pokok bagi pengeluaran benih yang kecil. Disebabkan proses ini berterusan, maka Taekwondo adalah bernyawa. Ia tidak menampakkan bentuk yang tetap dan tiada henti, namun ia masih mudah. Sebagaimana kehidupan. Untuk hidup adalah mudah. Oleh itu, mudah dan senang adalah tanpa bentuk yang tetap. Adalah sukar untuk memahami kehidupan dengan mempertimbangkan dari perspektif skema tetap yang hanya sesuai untuk benda yang mati. Ini mengimplikasikan bahawa adalah rumit dan susah untuk memahami konsep mekanikal Taekwondo. Taekwondo dan kehidupan merupakan kesatuan yang diorganisasikan secara harmoni, setiap bahagian Taekwondo meupakan persamaan terhadap keseluruhan. Bentuk kesempurnaan adalah di mana setiap bahagian mengandungi keseluruhan dan keseluruhan hanya boleh wujud dengan bahagian-bahagiannya. Namun demikian, bahagian adalah berbeza dari keseluruhan. Adakah anda benyawa? Jika ya, anda boleh memahami intuisi bahawa anda adalah bernyawa. Adakah dunia mati? Jika ya, semua benda bernyawa yang terkandung didalamnya tidak dapat difahami. Ini disebabkan benda bernyawa berbeza dari benda yang tidak. Serangga kecil tidak memahami keagungan gunung dan kekerasan batu, maka ia tidak memahaminya, manakala gunung dan batu juga tidak memahami misteri larva yang boleh bertukar menjadi rama-rama dan penampilan kehidupan di mana benih boleh menjadi pokok yang berbuah dan mengeluarkan benih. Ini boleh disamakan dengan Taekwondo. Jika anda yang bernyawa menghadapi Taekwondo yang bernyawa, anda akan mendapati Taekwondo adalah mudah, dan jika tidak amatlah susah untuk memahami Taekwondo. Untuk mengamalkan Taekwondo adalah untuk menghidupkan tindakan. Untuk hidup merupakan proses yang berterusan dan juga merupakan sejenis tekanan, konfrontasi dan kontradiksi. Kehidupan tidak boleh ditinggalkan atau dilengkapkan. Maka pengamal Taekwondo tidak boleh meninggalkan Taekwondo atau melengkapkannya. Kerana kelengkapan Taekwondo merupakan tamat riwayatnya. Apabila nyawa tamat, kehidupan juga berakhir. Lengkapan kehidupan yang betu adalah proses yang berterusan. Manusia boleh mengurus kehidupannya apabila dia mahu kelengkapan. Taekwondo yang lengkap boleh diubah. Jalan hidup yang benar dalam Taekwondo merupakan pengejaran dan cabaran yang berterusan. Maka tiada Taekwondo yang lengkap. Pengamal Taekwondo hanya berpuas hati apabila Taekwondo dilengkapkan dari detik ke detik.