<<Bahagian 1. Keharmonian>>

Bab 6.
 
Prinsip Taekwondo adalah mudah

 

Sebagaimana yang diketahui oleh pengamal Taekwondo, bentuk Taekwondo yg terakhir adalah kemahiran kesenian yang mudah, pemikiran yang mudah dan realiti yang mudah. …banyak ekstrimiti tersembunyi dalam bentuk yang mudah ini. Sebagaimana termasuk dalam segala yang merupakan kesatuan, Taekwondo juga termasuk dalam segala perubhaan agar semua jenis pergerakan merupakan kesatuan dalam asas mereka dan hanya kesatuan yang mudah berubah. Maka dengan mencuba setiap kemahiran, seseorang boleh memperolehi perubahan hanya jika dia menghabiskannya sebagai satu.

Tetapi kebanyakan orang, tidak memahami bahawa mereka boleh mendapat semua kemahiran melalui satu, melainkan mereka mencuba pelbagai kemahiran lain. Ciri misteri ini wujud dalam Taekwondo juga. Satu pertandingan tamat apabila saya menjatuhkan lawan tidak kira apa kemahiran yang diguna, tetapi saya masih perlu berlatih semua jenis kemahiran dan pergerakan rumit untuk mendapatkan hanya 1 kemahiran. Tanpa semua latihan tadi, satu pergerakan mudah tidak dapat dilaksana dan diaplikasikan terhadap lawan. Ini disebabkan satu pergerakan mudah hanya boleh dilakukan melalui semua latihan yang wujud dalam diri.

Prinsip benar Taekwondo ini adalah "semua dalam diri saya berubah secara berterusan dan secara bebas, sebagai contoh: posisi yang paling sesuai". Posisi paling sesuai bagi segalanya bergerak bergantung kepada hubungan semua, maka segala bahagian dalam diri perlu bergerak secara harmoni. Prinsip ini disebut "kaedah syurga" dalam Taekwondo. Prinsip ini dipanggil 'jalan syurga' dalam Taekwondo. Kenyataan ini mengimplikasikan bukan sahaja bahawa setiap tangan, kaki dan bahagian badan terletak dalam kedudukan yang betul tetapi juga bahawa semua perkara, termasuk minda, tujuan, kelajuan, nafas, penglihatan dan sebagainya dalam komposisi yang betul.

Pemikiran ini membawa kepada prinsip Taekwondo yang mudah (bahawa segalanya harus dalam kedudukan yang betul) kepada yang terumit, bergantung kepada keadaan dan jenis lawan. Ini menunjukkan bahawa keringkasan dan kekompleksan yang halus adalah sama dalam Taekwondo.

Kedudukan yang tersempurna adalah tidak tetap tetapi ditentukan oleh keharmonannya dengan benda lain. Semua dalam Taekwondo bergerak kepada kedudukan yang betul sambil dunia berubah secara berterusan. Maka Taekwondo boleh diaplikasikan dalam pelbagai situasi. Namun begitu, kedudukan yang betul bukanlah secara rawak tetpi mengikut aturan dan undang-undang tersendirinya walaupun dalam aliran perubahan. Ini memastikan Taekwondo tidak berubah dalam masa yang berlalu. Ia juga boleh dinamakan apa saja, tetapi nama atau perkataan tidak penting disini. Maka, apabila semua milik pengamal Taekwondo berada dalam posisi yang betul, dia boleh menyimpan kuasanya walaupun dalam kekacauan atau mengikut semua aliran menyembunyikan kuasanya di bawah kelembutan seperti bulu. Dengan itu, jika diperlukan, dia boleh menghadapi lawannya dengan kelengkapan badan dan menggabungkan pergerakannya dengan lawannya melalui gerakan yang sama. Dan tiada pergerakan yang tidak relevan dalam pengamal Taekwondo !

yang segalanya berada dalam posisi yang betul. Maka Taekwondo bergerak dari satu gerakan ke satu lagi dengan kekosongan ditengah.

Prinsip Taekwondo mengatakan bahawa segalanya mempunyai posisinya yang tersendiri, ini boleh dilanjutkan kepada masyarakat dan manusia. Masyarakat yang sempuran boleh dibentuk apabila keadaan sosial, keupayaan dan hak ahlinya dikongsi dan diletakkan dimana yang petut. Kita boleh mempunyai etika baik dan moral apabila kita merekabnetuk rangkaian kata dan tindakan, perlakuan dan pemahaman, tujuan dan perhubungan diletakkan pada posisi yang betul.

Apabila semua milik saya menghuni posisinya sendiri, tiada apa-apa dalam saya yang bukan saya. Maka tiada apa yang perlu dibuang dalam diri yang tidak berkaitan dengan Taekwondo tetapi dengan perkara lain. Ini telah dikembangkan secara konsepsual yang dianggap sebagai perbuatan yang tidak membuat oleh Lao-zi, sebagai mengikut peraturan moral walaupun membuat apa yang disukai oleh Confucius, dan tiada diri oleh Buddha. Prinsip Taekwondo adalah sama dengan yang lain dari segi intipati namun ia kelihatan berbeza. Ia adalh mudah dan semulajadi bahawa semua adalah terletak dalam posisi yang betul, ini adalah sukar bagi mereka yang tidak mengetahui Taekwondo dan sebaliknya bagi mereka yang arif. Kebenarannya adalah kesukaran dan kesenangan adalah sama.