<<Bahagian 2. Prinsip>>

Bab 12.
 
Tidak kehilangan diri

 

Tidak dinafikan bahawa terdapat manusia antara langit dan bumi kerana mereka dibahagikan dari keseluruhan dimana Manusia wujud. Langit meliputi segala yang berubah secara relatif sebagai contoh, yang tidak mempunyai bentuk sendiri manakala Bumi pula meliputi segala yang kekal secara relatif, yang mempunyai bentuk yg konkrit. Subjektif ini merupakan keinginan untuk berbuat sesuatu.

TAEKWONDO tidaklah begitu istimewa sehingga terdiri dari 3 elemen ini, adalah penting untuk mengekalkan diri tanpa prejudis dalam perlawanan dengan lawan, ini merupakan prinsip ketiga "kaedah Manusia". "Kaedah manusia" dalam Taekwondo adalah untuk kembali ke kedudukan asal selepas setiap gerakan dalam keseimbangan yang sempurna walaupun terdapat perubahan pergerakan yang berterusan.

Pengamal Taekwondo sentiasa menjalankan latihan dan persediaan intensif agar tidak kehilangan kaedah sendiri semasa Kyorugi. Ia seolah satu dunia dalam kehidupannya. Dia adalah yakin kerana dapat mengawal segala dalam dunianya dan tidak hilang kedominanan ke atas orang lain kerana orang lain turut termasuk dalam dunia ini. Selepas itu, dia perlu memadamkan kedominannya dan mendapatkan segalanya dengan bergantung kepada gerakan lawan. Dia mengetahui kewujudan 'aku' setelah mengetahui ketidakwujudan 'aku'. Adalah penting bagi semua benda hidup untuk mengurus segala proses dan aktiviti untuk menyelamatkan diri dan manusia merupakan benda hidup, maka 'kaedah manusia' merupakan kaedah yang terdekat kepada bentuk kehidupan daripada 3 kaedah yang telah disebutkan.

Tumbuhan bermula sebagai benih, membentuk akar dan daun kemudia bunga dan seterusnya buah yang mengandungi benih semula. Segala perubahan ini mungkin kerana semua fasa tumbuhan merupakan sejenis tumbuhan yang bernafas bersama dengan alam melalui akar dan daunnya. Jika tidak, benih hanya merupakan sebiji dan pokok hanya merupakan seketul kayu.

Teras segala proses sementara ini adalah 'menjadi tumbuhan' dan bumi dimana ia berakar. Kekuatan tidak lain dari perkembangan kehidupan. Ini merupakan bentuk perubahan alam. Prinsip Taekwondo sama dengan prinsip alam. Teras jika dirujuk kepada 'kaedah manusia' bermakna kedudukan yang sempurna agar dapat menyesuaikan diri dengan situasi. Ia merupakan bentuk sebenar setiap pengamal Taekwondo. Anda harus kembali ke teras secara alamiah dan segera setelah selesai melaksanakan setiap gerakan. Ini mengimplikasikan bahawa anda tidak meninggalkan teras, tetapi memperkembangkan diri kepada pelbagai bentuk dan mengecutkan diri kembali ke teras.

Teras ini tidak tetap dan ditentukan oleh hubungan anda dengan gerakan lawan, senjata, jarak dan sebagainya. Ini disebabkan anda menyebabkan perubahan berterusan dalam alam.

Struktur perubahan ini terletak dalam segala yang berubah yang terfikir oleh manusia secara sengaja. Kita ambil contoh sebiji gasing. Gasing yang mempunyai teras bergoyang mengalami masalah putaran , maka teras perlulah stabil.

Setiap bahagian gasing kembali ke teras. Hanya teras perubahan boleh menghubungkan kepada perubahan yang seterusnya secara alamiah. Iaitu apabila menendang, anda perlu kembalikan kaki ke posisi asal, untuk memudahkan kemahiran seterusnya. Begitulah juga dengan kemahiran tangan.