<<Bahagian 2. Prinsip>>

Bab 8.
 
Menghadapi lawan

 

Maka, apakah maksud lawan dalam Taekwondo? Lawan yang dihadapi dalam Taekwondo adalah dunia yang dipermudahkan yang mewakili seluruh dunia secara intensif yang tidak boleh dielakkan ketika menghadapi kehidupan. Dengan mengetahui fakta ini, anda faham sebab mengapa prinsip Taekwondo
yang berasal dari situasi konflik antara anda dan lawan, boleh diaplikasikan dalam pelbagai kes. Ini disebabkan dalam mana-mana situasi, segalanya ditentukan oleh hubungan anda dgn dunia. Hubungan anda dan lawan dalam Taekwondo juga mengandungi aspek sosial dan semulajadi.

Lawan dalam Taekwondo secara asasnya adalah manusia. Maka, Taekwondo merupakan akar hubungan antara manusia. Maka Taekwondo bukan lagi Taekwondo apabila lawan tidak dihiraukan atau dipedulikan. Ini membolehkan pengamal Taekwondo yang sebenar menerima lawannya. Taekwondo termasuk enerimaan lawan, yang mengimplikasikan bahawa pengamal Taekwondo mengiktiraf lawannya sebagai manusia dan menghormatinya. Dengan itu, Taekwondo mengandungi etika. Adalah bermakna bahawa intipati Taekwondo megandungi etika mengiktiraf lawan dan menghormatinya serta konflik utk mengatasinya, dan ekstrimiti ini saling berhubungan. Adalah semulajadi bahawa segala dalam dunia mempunyai bentuk.

Etika menjadikan manusia berperikemanusiaan dan memberi nilai terhadap hal ehwal manusia. Maka, kelakuan yang benar dalam segalanya tidak berlawan dengan kemudahannya. Ini merupakan salah satu ciri dalam hal ehwal manusia. Maka, etika yang betul boleh menjadi senjata yang baik
bagi perlindungan diri dalam minda lawan. Jika anda tidak menghiraukan etika anda boleh diatasi oleh pengamal Taekwondo yang sebenar pada bila-bila masa. Jika anda menghormati yang kuat, anda berupaya
menyelamatkan diri, dan jika anda menghormati yang kurang upaya, anda pula dihormati orang lain, menunjukkan Taekwondo adalah koheren dengan etika.

Maka, apa itu etika? Ia merupakan ekpresi betul apa yang diingini oleh manusia. Disebabkan ia bukan merupakan intipati Taekwondo, pengamal Taekwondo tidak dihadkan oleh etika, namun dia tidak mengabaikannya juga. Dia juga tidak mengasingkan diri dari etika, namun adakah ia bermakna setiap tindakan berasaskan etika yang juga patut dilupakan? Ini mengimplikasikan bahawa etika yang betul tidak tetap tetapi bernyawa. Alam dan etika manusia adalah sama walaupun mempunyai nama yang berbeza.

Hubungan anda dengan lawan begitu sosial dalam Taekwondo, namun ia juga alamiah pada waktu yang sama, semua fakta ini merasakan kehidupan manusia yang merupakan sebahagian dari alam. Maka hubungan anda dan lawan sentiasa kekal konkrit dalam dunia. Lawan anda dan anda berkongsi
dunia dan dihadkan olehnya. Dalam had ini, hubungan ekstrim anda dan lawan dipamirkan secara langsung pada dinding ilusi melangkaui perbezaan antara imaginasi dan dunia sebenar. Oleh itu, tiada kepalsuan dalam Taekwondo. Anda mengenali dunia melalui hubungan langsung dengan alam dan mengenalpasti kehidupan manusia tiada kesilapan dalam konteks Taekwondo, Alam tidak membezakan maka anda sebagai pengamal Taekwondo, merupakan komposisi dunia yang berkongsi peraturan dan prinsip.