<<Bahagian 2. Prinsip>>

Bab 9.
 
Memadamkan Diri di depan Lawan

 

Apabila anda mengamalkan Taekwondo yang sebenar, lawan akan gagal menyerang anda walaupun anda tidak berjaga-jaga. Ini disebabkan setiap bahagian badan anda kekal dalam kedudukan sendiri yang betul. Dalam erti kata lain, anda mematuhi prinsip yang betul; sebagai contoh jalan Langit. Lawan tidak dapat mengusutkan minda anda, walaupun anda tidak fokus terhadapnya. Ini disebabkan anda tidak mengikat diri kepada apa-apa, maka tidak dihadkan, minda anda kosong. Minda kosong yang tiada ikatan tidak akan diganggu. Orang lain tidak dapat mengelirukan hidup anda walaupun anda tidak cuba untuk menyusun kehidupan anda. Ini disebabkan hidup anda berada dalam keadaan harmoni dengan segalanya. Segala bahaya yang mengancam keselamatan, minda dan kehidupan akan memusnah sesama diri. Prinsip Taekwondo yang sebenar setara dengan prinsip kehidupan.

Maka, bagaimana untuk meletak segala milik diri dalam kedudukan yang betul berasaskan jalan Langit. Biarkan kesatuan kekosongan dan ketepuan anda dan lakukan keduanya dengan memadamkan diri dan menggambarkan diri dalam waktu yang sama. Dengan ini anda dapat meletakkan segalanya dalam kedudukan yang betul. Bagaimana untuk mendapat kesatuan dalam kekosongan dan ketepuan? Asalnya kekosongan bermakna keupayaan untuk menerima sesuatu dan ketepuan adalah menghasilkan sesuatu dari dalam. Sesuatu yang penuh adalah dipenuhi oleh kandungannya, ia tidak mengandungi benda lain. Sesuatu yang kosong tidak mengandungi benda lain, ia mungkin dipenuhi benda lain. Apabila satu bekas yang dipenuhi air, ia tidak boleh menakung garam atau permata. Bekas tersebut tidak boleh menghasilkan permata dan menerima garam. Maka, kekosongan dan ketepuan dalam relatif kepada objek.

Maka, apabila anda memiliki kesatuan dalam kekosongan dan ketepuan, kekosongan bermakna anda meletakkan diri sehingga lawan tidak berupaya menentang anda manakala ketepuan bermakna anda dapat membuat apa yang diingini.

Jika anda dapat mengekalkan kekosongan Taekwondo, tiada kehendak yang berlawanan dengan gerakan lawan yang menjadikannya berasa bangga, ini disebut kekosongan. Jika anda memperolehi ketepuan Taekwondo, kehendak anda dipenuhi semangat untuk mengatasi lawan, yang menghasilkan gerakan untuk menghalang kehendak lawan. Dalam kekosongan dan ketepuan, anda berfikir dengan seluruh diri dan kesedaran dibangkitkan dan bukan dipaksa untuk berfikir. Sebagai contoh: Mu Nyon Mu Sang yang bermakna bebas dari segala idea dan fikiran.

Ini membawa kepada jalan Langit, segala milik diri bergerak dalam kedudukannya. Apabila anda sebagai pengamal Taekwondo berfikir dengan seluruh diri, anda memiliki diri sebagai satu keseluruhan yang harmoni. Segalanya adalah kosong dalam satu tangan dan penuh di tangan yang satu lagi, maka kekosongan dan ketepuan mengisi dan mengosongkan antara satu sama lain secara berterusan. Anda perlu menyusun mereka dan Mu-A (ketidakhadiran diri) melengkapkan order harmoni. Apabila dipadamkan, anda digambarkan dengan sempurna.

Maka, apakan pemadaman diri? Ia adalah pemadaman setiap perbezaan antara anda dan orang lain. Ia juga pembebasan diri dari segalanya secara subjektif. Apakah penggambaran diri? Ia adalah pencapaian impian diri. Ia adalah penentuan dunia dengan bebas. Segala yang tertutup dimiliki segala yang terbuka, maka dengan memadamkan diri anda mengosongkan minda dari nafsu. Anda membebaskan diri dari peraturan formal, moral, perikemanusiaan dan sebagainya. Apabila memadamkan diri, anda adalah segalanya dan lawan anda berada di dalam anda, maka gerakannya juga milik anda. Oleh itu, gerakan anda menentukan lawan dan dunia. Maka, pemadaman diri yang sempurna membawa kepada penggambaran diri yang sempurna.

Memadamkan diri bukan sahaja meliputi melupakan segalanya tentang diri malah termasuk menghapuskan kewujudan diri. Apabila melupakan semua, anda berupaya menumpu sepenuh perhatian untuk mencapai kesatuan diri. Namun, anda masih tidak dapat mengatasi lawan dalam dunia. Mungkin anda berlawan dengan dunia walaupun mempunyai kesatuan diri. Kelemahan ini boleh diatasi jika anda turut memadamkan kewujudan anda. Maka perbezaan antara anda dan bukan anda boleh dipadamkan. Anda meletakkan diri sebagai sebahagian dunia yang dikembangkan kepada dunia. Bagaimana lawan mencari anda? Tubuh anda bukan sahaja diri anda, malah bentuk dan gerakan juga bukan anda. Setiap satu mempunyai ilusi dan kelemahan. Apabila anda sebagai pengamal Taekwondo memadamkan diri, lawan gagal mencari anda dan terpaksa berhadapan dengan dunia. Dengan ini, pengamal Taekwondo boleh berlawan dengan bentuk hariannya, mencapai kesempurnaan yang terdiri dari semua elemen penting termasuk kelemahannya dan mencapai impiannya.

Seperti di atas, memiliki kesatuan kekosongan dan ketepuan dan menggambarkan serta memadamkan diri merupakan jalan Langit. Walaupun anda sebagai pengamal Taekwondo bergerak lebih perlahan, lawan gagal mengikut perubahan gerakan kerana anda hanya melakukan gerakan yang perlu sahaja.