<<Bahagian 2. Prinsip>>

Bab 10.
 
Berfikir dengan keseluruhan diri

 

Mengamalkan Taekwondo bukan sahaja menerusi idea dalam otak tetapi adalah pemikiran dengan seluruh tubuh, atau gerakan sendiri menjalankan pemikiran. Taekwondo mestilah merupakan pemikiran menggunakan badan, tangan dan kaki, dan aktiviti, kemudian pemikiran penghentian yang terdiri dari idea dan perwakilan yang merupakan operasi konsep yang diasingkan dari realiti. Bila dan bagaimana untuk berfikir dengan keseluruhan diri? Saya boleh berfikir, bukan sahaja dengan otak, malah seluruh diri dan akhirnya memadamkan diri dengan membuangkan fikiran. Dan saya boleh mengintegrasikan idea dengan realiti. Minda pengamal Taekwondo adalah Mu Nyom Mu Sang (kebebasan dari idea dan fikiran), yang merupakan proses sedar segalanya dan kekosongan¡¦ Mu Nyom Mu Sang Taekwondo adalah sama dan lain pada masa yang sama, iaitu Zen atau meditasi. Sementara ZEN bagi Mu Nyom Mu Sang atau meditasi merupakan kesedaran yang diperolehi melalui pembuangan setiap fikiran satu per satu dalam ketenangan, zen bag!

i Taekwondo adalah diperolehi melalui mengembangkan fikiran dalam gerakan yang padu, contohnya dalam pemadatan kehidupan dalam ketika. Hanya apabila saya merasa semuanya, maka kesedaran mencapai keseluruhan tidak distinktif dan kesedaran yang menentukan perlakuan tidak dihadkan oleh aktiviti otak tetapi dikembangkan ke seluruh badan, malah ke seluruh kehidupan, kemudian minda menjadi tenang, ini merupakan Mu Nyom Mu Sang dalam Taekwondo. Ia adalah gerakan ke dalam kehidupan, bukan ke luar, maka merupakan peralihan yang positif. Namun ia sama dengan Zen dan meditasi dari segi kualiti maka ia juga tidak banyak berbeza.

Apabila saya berfikir menggunakan keseluruhan diri, minda menjadi kosong dengan ketenangan dan setiap bahagian badan dibangkitkan untuk bercakap dengan dunia. Maka, apakah itu pemikiran? ¡¦ Taekwondo juga seperti itu, maka pengamal Taekwondo belajar Taekwondo dan juga mempelajari cara berfikir dengan dunia dan dirinya. Dia belajar untuk menjadi fikirannya. Untuk mula dan menghentikan pembelajaran ini adalah melalui pemfokusan minda ke dalam kesatuan tanpa pemikiran yang leka. Maka, Taekwondo yang sebenar adalah melangkaui perubahan minda kepada gerakan. Bagi memiliki gerakan yang merupakan expresi minda, yang harmoni dengan alam semulajadi, dimana gerakan yang terbaik dimiliki manusia.