<<Bahagian 2. Prinsip>>

Bab 11.
 
Pengamalan Taekwondo  

 

"Bagaimana untuk menyerang lawan dengan jayanya?"

"... Jangan cederakannya secara sengaja.."


Jadikan lawan berkonflik dengan dunia dan harmonikan diri dengan kedua-duany; inilah " cara Dunia", yang merupakan prinsip betul bagi setiap kemahiran dalam Taekwondo. Segala dalam Taekwondo menuju ke arah ini, inilah cara betul untuk berfikir dalam Taekwondo. Walaupun cara Syurga merupakan prinsip yang fokus terhadap intipati tidak distinktif secara semulajadi, cara Dunia adalah fokus terhadap intipati manusia yang berbeza secara asli, namun kedua-duanya mengimplikasikan perkara yang sama, satu benda. Mengikuti cara Dunia boleh terbahagi kepada 3 dimensi, yang disebut <Sool(kemahiran)>, <Yae(Seni)>, <Do(Prinsip)>. Semua orang mesti tahu bahawa setiap satu dari dimensi ini adalah sama sebagai aspek berbeza perkara yang sama, maka mereka adalah perbezaan sesuatu yang tidak berbeza.

Maka apa itu Sool, Yae dan Do? Pertama, mengikuti Sool adalah mengatasi lawan dengan kemahiran sempurna dalam Taekwondo, maka menhadapi lawan sebagai Musool. Kedua, mengikuti Yae adalah mempamirkan diri sempurna dalam pembangunan kemahiran kerana kemahiran itu sendiri, bukan disebabkan lawan, yang juga termasuk lawan,maka ia menghadapi lawan sebagai Muyae. Ketiga, mengikuti Do adalah penyatuan Musool dan Muyae sebagai satu dan tidak menghiraukan perbezaan antara keduanya, tidak membezakan lawan dari diri dan menghadapi semuanya sebagai Mudo. Disebabkan saya menghadapi lawan dalam Musool dia tidak dapat melepaskan diri dari sempadan gerakan. Disebabkan saya menghadapi lawan dalam Muyae, gerakan adalah infiniti dan tanpa had untuk mengekspresikan diri. Oleh kerana keseluruhan keduanya dicapai berdasarakan Do, tiada apa-apa yang boleh menganggunya. Disebabkan saya mengekspresikan diri dalam Muyae saya akan berdiri di tengah-tengah semua, tidak berhubung dengan mana-mana dengan la!

wan saya disebelah yang dihubungkan kepada Musool.

Walaupun kehendak lawan mengerakkannya, kehendak saya menentukan kehendak lawan. Gerakan manusia, kuasa hanya wujud disebabkan oleh kehendak. Walaupun kuasa adalah tajam dan keras sehingga boleh memecahkan batu, kehendak adalah lembut terhadap perubahan dan ia mengaplikasikan diri mengikut bentuk dunia. Ini menyebabkan kelembutan boleh m memenangi yang kuat. Kehendak saya mengawal semua dan segalanya merupakan ekspresi minda supaya <Yae(mod)> dan <Sool(kemahiran)> adalah disatukan, ini adalah seni. Seni kesatuan Yae, yang merupakan ekspresi kehendak dan Sool yang merupakan kemahiran untuk mengawal dunia. Pelbagai perubahan dan keharmonian ini hanya mungkin melalui sesuatu yang tidak berubah dari mula hingga akhir walaupun perubahan sentiasa berlaku. Yang tidak berubah merupakan akar semua perubahan, yang disebut Do. Maka Do menjadikan segalanya, ia merupakan prinsip yang menyokong semua perbezaan secara konsisten. Do ini wujud bukan di dalam atau luar segalanya tetapi segalany!

a wujud di dalamnya, maka sesiapa sahaja boleh mengetahuinya jika dia membuka mata dan membuang perbezaan yang tidak relevan.