<<Bahagian 3. 3 bahan penting>>

Bab 20.
 
Mencari Jarak dalam Taekwondo

 

Apakah jarak yang kelihatan apabila langit dan bumi disatukan? Jarak merupakan perantara anda dan lawan. Perubahan yang dibuat oleh anda dan lawan mengubah segalanya. Jarak Taekwondo merupakan perubahan yang berterusan. Ia merupakan hubungan antara anda dan lawan anda.

Anda sebagai manusia mahu melakukan sesuatu bermakna anda ingin mengubah sesuatu dengan bantuan minda dan tubuh, maka apa yang ingin dilakukan mempunyai kaitan dengan lawan anda. Pihak lawan dalam Taekwondo merupakan perwakilan dunia. Maka jarak dalam Taekwondo ditentukan oleh banyak faktor rumit; anda dan gaya anda, kehendak anda, jarak sementara dan sebagainya. Dan setiap satu jarak disatukan untuk membentuk jarak.

Jarak dalam Taekwondo adalah mudah. Walaupun ia bergantung pada banyak faktor, anda dan pihak lawan adalah bukan distinktif secara keseluruhan, maka pengamal Taekwondo dapat merasakan keringkasannya. Sebagaimana sebuah lagu hanyalah lagu walaupun ia terdiri dari melodi, rentak, lirik dan sebagainya. Dan adalah mungkin untuk menyanyikan lagu tersebut tanpa mempertimbangkan melodi, rentak, maka jarak Taekwondo tidka diperoleh dari analisis setiap faktor, ia hanyalah gerakan yang mahir. Namun begitu, lagu dinyanyikan dengan lebih baik jika berbekalkan ilmu mengenai melodi dan rentak, begitulah juga dengan Taekwondo.

TAnda harus sentiasa mengekalkan diri dalam keadaan yang sempurna, jarak yang sempurna dimana kehendak lawan tidak tercapai. Ini disebut jarak Taekwondo.

Apabila anda, sebagai pengamal Taekwondo mengetahui jarak yang sesuai, anda juga tahu gerakan apa yang patut dan boleh dibuat. Apabila anda mengetahui jarak lawan, anda tahu serangan apa akan dibuat oleh lawan dan bagaimana untuk menangkisnya, oleh itu anda mengenali lawan anda.

Jarakkan diri agar serangan lawan gagal mengena sasaran pada masa yang sama serangan anda dapat mengenainya, anda boleh memperolehi ini dengan memadamkan diri, mengharmonikan segalanya dalam dunia. Dan anda boleh mengekalkan diri dalam jarak yang sentiasa berubah ini dengan mengekalkan segala milik diri dalam posisi yang betul dan mengikut gerakan yang betul. Dengan ini anda dapat menlindungi diri sambil mengawal lawan dengan mengekalkan jarak Taekwondo yang betul. Ini adalah kyorugi.

Jarak bukanlah sesuatu yang hanya diukur dengan otak, tetapi anda boleh memberi respon dan mengendalikan segalanya dengan jarak yang betul. Ilmu ini juga boleh diaplikasikan diluar skop Taekwondo. Ilmu jenis ini adalah kosong yang mengimplikasikan anda tidak mengetahui apa-apa tetapi ilmu ini tidak mengandungi apa-apa yang tidak benar, tetapi tiada yang anda tidak tahu. Apa yang harus dijadikan pengetahuan?